KEINDAHAN BUNGA TULIP DI ISTANBUL

 

Kami dari Akudanistanbul semestinya akan membawa para peserta pada setiap musim sama ada sejuk, bunga, luruh dan panas ke Turki ✈️

Tapi admin ingin berkongsikan sedikit info mengenai trip kami ke Istanbul pada bulan April dan ketika itu telah memasuki musim bunga Tulip:

(1) Jika ikuti kami ke Istanbul pada musim bunga Tulip April di Istanbul, anda akan berpeluang untuk merasai pengalaman ke Gülhane Park dan Emirgan Park.

(2) Emirgan Park berada sedikit jauh dari kawasan Sultanahmet dan kami akan sediakan transport untuk ke sana cuma di Emirgan Park ini istimewanya kerana ia lebih besar berbanding Gülhane Park.

(3) Manakala Gülhane Park lebih kecil berbanding Emirgan Park tetapi ia mudah untuk ke sana kerana mempunyai laluan tramvay di stesen Gülhane yang sangat untuk kesana jika berada di kawasan Sultanahmet atau Fatih.

(4) Bestnya waktu musim bunga Tulip ini bukan pada bunga nya sahaja tetapi cuaca dan suhu pun nyaman. Siang mulai panjang tetapi masih dalam cuaca yang sejuk sedang2 dan cantik. Sesuai untuk berjalan-jalan, santai, tenang tambah dihiasi bunga Tulip lagi memberikan ketenangan.

 

(5) Jika anda datang pada waktu yang bertuah, anda akan berpeluang untuk melihat festival Karpet Tulip di SultanAhmet. Tahun lepas pada 2019 berlangsung sekitar akhir April jadi untuk tahun ini belum diberitahu akan berlangsung pada waktu bila ☺️.

(6) Dan yang pasti pada waktu musim bunga Tulip ada satu benda yang pelancong tidak boleh buat ☝. Anda semua tak boleh dan jangan sesekali mencabut kuntuman bunga-bunga disana walaupun cantik, marah orang Turki.

#akudanistanbul #turkey #travel #tour #winter

#holiday #europe #fly #traveller #tulips #spring

#istanbul #sultanahmet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *