fbpx

Marmara University Faculty of Theology Mosque.

Dibuka pada tahun 2015 dan boleh memuatkan sekitar 4,300 jemaah. lokasi masjid ini terletak di kawasan Fakulti Ilahiyat di Marmara Universiti. Masjid ini mempunyai beberapa buah tingkat antaranya 2 tingkat terletak dalam masjid manakala 2 tingkat lagi berada di bawah tanah untuk kawasan tempat letak kereta.

Masjid ini selain digunakan sebagai tempat untuk beribadah ia juga menjadi tempat untuk kegunaan sosial seperti kafe, dewan bersidang, bilik mesyuarat, galeri, kelas mengajar, dewan makan dan ruang berehat. Jadi kalau ada yang berkesempatan bolehlah ke masjid moden ini. Ia terletak di sebelah Asia istanbul di daerah Usküdar.

Istanbul (Konstantinopel) sebuah lokasi pelancongan yang indah dan cantik serta sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin melancong ke sini. Sebuah kota yang menjadi tumpuan dari seluruh dunia kerana ia berada di antara Eropah dan Asia. Tunggu apa lagi? Jom jalan-jalan sekitar Istanbul bersama @akudanistanbul ✈️

 

#istanbul #turkey #asia #marmara #university

#mosque #beautiful #art #modern #travel #explore

#adventure #walking #fly #architecture #heritage

 

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *