fbpx

Sólheimasandur Plane Wreck, Vík, Iceland.

Tahukah anda dahulunya Iceland ini pernah diduduki oleh golongan pendeta dari Ireland sekitar awal abad ke-9. Semestinya, ramai antara kita pastikan akan terfikir di Utara Eropah mesti akan berkait dengan nama Viking juga kan? Ya! bangsa Viking ini pernah bermigrasi ke sini sekitar pertengahan abad ke-9 yang tercatat dalam lipatan sejarah Iceland.

Cuma disebelah barat daya Iceland mereka banyak berasal dari suku Norway dan kawasan tersebut dikenali sebagai nama Reykjavík iaitu sebuah lokasi yang kini adalah ibu negara kepada Iceland.

Banyak lagi sebenarnya kisah menarik yang ada di Iceland ini. Antaranya kisah “SAGA” iaitu sebuah kisah pengembaraan mencari “VINLAND” oleh Saga of Erik The Red atau dikenali “Eiríks saga rauòa”. Kisah ini berkait antara Raja Denmark, bangsa Viking, Norway dan seumpamanya.

Bagi bangsa Viking ini pula mereka sangat hebat dalam pertempuran. Nak tahu kenapa? Viking ini sekiranya mereka berjaya menjadi pahlawan hebat dan mati di medan peperangan mereka akan dibawa masuk ke Syurga “Valhalla” khas untuk pahlawan sahaja. Sebab itu mereka bersungguh semasa berperang sehingga digeruni oleh musuh-musuh Viking.

#iceland #europe #rekjavik #solheimasandur #europe #winter #aurora #beautiful
#explore #adventure #akudanistanbul

 

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *