Pakej trip page draft

PAKEJ TRIP

TURKI OPEN TRIP

4 NEGERI TURKI

ISTANBUL - CAPPADOCIA - PAMUKKALE - BURSA
GROUND

ISTANBUL - BURSA - ALACATI

GROUND

LAUT HITAM TURKIYE

GROUND

TURKI KLASIK

FULLBOARD

TURKI PRIVATE TRIP

SHORT TRIP TURKI

GROUND

PAKEJ PERSENDIRIAN TURKI MUSIM BUNGA / PANAS

GROUND

PAKEJ PERSENDIRIAN TURKI MUSIM LURUH / SEJUK

GROUND

PAKEJ SELF-GUIDE PERSENDIRIAN TURKI

MUSIM LURUH / SEJUK MUSIM BUNGA / PANAS
GROUND

TURKI + EROPAH OPEN TRIP

ISTANBUL -SWITZERLAND

HALFBOARD

ISTANBUL - CAPPADOCIA - SWITZERLAND

HALFBOARD

TURKI + EROPAH PRIVATE TRIP

ISTANBUL - MOSTAR - DUBROVNIK

GROUND

ISTANBUL - SANTORINI

GROUND

TURKI - SWITZERLAND

MUSIM BUNGA/PANAS
GROUND

EROPAH OPEN TRIP

SWITZERLAND - HOLLAND

FULLBOARD

SWITZERLAND - ITALY

FULLBOARD

ITALY - SWITZERLAND

FULLBOARD

EROPAH 3 NEGARA

SWITZERLAND - AUSTRIA - GERMANY
FULLBOARD

FABULOUS 3

LONDON - PARIS - SWITZERLAND
FULLBOARD

SWITZERLAND + SHOPPING DI MUNICH

FULLBORAD

FLORA EURO

HOLLAND - GERMANY - AUSTRIA
FULLBOARD

MOROCCO + SAHARA TOUR

FULLBOARD

MOROCCO - SPAIN - PORTUGAL

FULLBOARD

KEMBARA MOROCCO

FULLBOARD

EROPAH PRIVATE TRIP

TRIP PERSENDIRIAN EROPAH MUSIM BUNGA/PANAS

GROUND

TRIP PERSENDIRIAN EROPAH MUSIM LURUH/SEJUK

GROUND

MOROCCO GRAND TOUR

GROUND

BALKAN OPEN TRIP

ISTANBUL - BALKAN

FULLBOARD

MINI BALKAN

BOSNIA - CROATIA - MONTENEGRO
FULLBOARD

ROYAL BALKAN

CROATIA - BOSNIA - MONTENEGRO - ALBANIA - MACEDONIA
FULLBOARD

BALKAN PRIVATE TRIP

ISTANBUL - MOSTAR - DUBROVNIK

GROUND

MINI BALKAN

GROUND

ASIA OPEN TRIP

NUSANTARA

FULLBOARD

MIRI - BRUNEI

FULLBOARD

INDOCHINA

FULLBOARD

VIETNAM

HANOI - SAPA - FANSIPAN
FULLBOARD

ASIA TENGAH

TIMUR TENGAH

UZBEKISTAN

TASHKENT - BUKHARA - SAMARKAND

KEMBARA DUBAI

DUBAI - ABU DHABI - SHARJAH

ASIA TIMUR

OSAKA WINTER

TOKYO - HOKKAIDO

LAVENDER TRIP
FULLBOARD

SAPPORO PUBLIC TRANSPORT

TOKYO ADVENTURE

HALFBOARD

KOREA

4 SEASON

ASIA PRIVATE TRIP

NUSANTARA

GROUND
GROUND
GROUND

ACHEH - SABANG

GROUND

BALI - NUSA PENIDA

GROUND

BALI - KOMODO

GROUND
GROUND
GROUND

YOGYAKARTA

GROUND

INDOCHINA

GROUND

HANOI - SAPA

VIETNAM
GROUND

HO CHI MINH - CU CHI - MYTHO

VIETNAM
GROUND

SELATAN ASIA

PAKISTAN

GROUND
GROUND

KASHMIR - TAJ MAHAL

GROUND

ASIA TENGAH

UZBEKISTAN

GROUND

KAZAKHSTAN - KYRGYZTAN - UZBEKISTAN

GROUND

ASIA TIMUR

PAKEJ PERSENDIRIAN JEPUN 2024

GROUND
GROUND

KAMI JAWAB PERSOALAN ANDA

SOALAN UMUM

Pihak kami mewajibkan Tuan/Puan untuk mengambil Insurans kerana sekiranya perkara yang tidak
diingini berlaku, Insurans akan lindungi Tuan/Puan.

Kami cadangkan Tuan/Puan untuk mengambil Insurans yang memberi perlindungan Covid, akan
tetapi bergantung kepada pilihan Tuan/Puan sendiri. Pakej yang ditawarkan boleh dilihat di sini :


https://etiqa.com.my/v2/travel-insurance-takaful

Kami cadangkan untuk Tuan/Puan hadir ke Lapangan Terbang seawal 4 jam dari waktu penerbangan
supaya dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan daripada syarikat penerbangan.

Check-in bagasi Online ialah proses di mana Tuan/Puan mengesahkan kehadiran dalam penerbangan
melalui Internet dan biasanya mencetak pas masuk sendiri. Bergantung pada syarikat penerbangan
dan penerbangan tertentu, Tuan/Puan juga boleh memasukkan butiran seperti pilihan makanan dan
kuantiti bagasi dan memilih tempat duduk pilihan Tuan/Puan sendiri.

Check-in bagasi berkumpulan iaitu satu kumpulan atau keluarga menggunakan PNR (Passenger
Name Record) yang sama bagi memudahkan urusan check-in bagasi di kaunter penerbangan.

Tuan/Puan akan mendapat nombor Pintu Gerbang apabila sudah selesai urusan check-in bagasi di
kaunter penerbangan dan nombor pintu gerbang juga akan tertera diatas tiket pas masuk Tuan/Puan.

Fullboard
– Pakej Fullboard ADI akan menyediakan wakil semasa Tuan/Puan berkumpul di KLIA untuk
memberikan maklumat mengenai trip.


Ground
– Pakej Ground ADI tidak menyediakan wakil semasa Tuan/Puan berkumpul di KLIA tetapi ketua
kembara akan menyambut ketibaan Tuan/Puan di hotel.

Prosedur ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa selalunya sama, Selepas Tuan/Puan
mendarat di Lapangan Terbang. Tuan/Puan akan bergerak ke kawalan passport dan setelah selesai
urusan cop passport, Tuan/Puan boleh bergerak untuk mengambil bagasi (Nombor kaunter bagasi
boleh dilihat di papan eloktronik).

SOALAN MENGENAI TURKIYE

PROSEDUR

Warganegara Malaysia boleh memasuki Turki tanpa visa untuk tempoh tinggal selama 90 hari (untuk
lawatan sosial sahaja) dengan syarat pasport mereka mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari
tarikh kemasukan.

Ya, pihak kami mewajibkan Tuan/Puan mengambil Insurans kerana bil hospital yang mahal di Luar
Negara. Link Insurans telah disediakan di atas.

Sepanjang lawatan trip sedang berjalan, Tuan/Puan akan meninggalkan bagasi di dalam bilik hotel.
Pergerakan ke negeri lain selain Istanbul, pihak kami akan meminta Tuan/Puan untuk meninggalkan
bagasi besar di hotel Istanbul dan mengambil semula apabila pulang ke Istanbul.

Telah disediakan di dalam Panduan Kembara Turki.

MUSIM & SUHU

Grand Bazaar dan Spice Bazaar kerana harga barangan berubah mengikut musim dan kebanyakan
barang boleh minta diskaun.

MUSIM PANAS: Suhu sekitar dari 25°C hingga 28°C
MUSIM BUNGA: Suhu sekitar dari 15°C hingga 25°C
MUSIM SEJUK: Suhu sekitar dari 4°C hingga 13°C

PENGANGKUTAN

Pengangkutan trip di Turkiye sangatlah mudah untuk diakses bagi Istanbul, negeri lain agak kurang
kerana Istanbul bandar tumpuan bagi Turkiye.

Van: Pakej 1 Negeri sehingga 4 Negeri
(Pakej di atas akan menaiki Kapal Terbang untuk ke negeri Cappadocia)


Coaster/Bus/Van: Pakej 6 Negeri dan 7 Negeri
(Pakej di atas semuanya akan menaiki Coaster/Bus/Van untuk ke semua negeri)

Boleh, Tuan/Puan boleh membeli Kad Istanbul di kedai runcit berdekatan atau mintakan Ketua
Kembara belikan

KAWASAN HOTEL

Semua hotel yang kami tempatkan adalah walking distance untuk ke kedai serbaneka dan ketua
kembara akan tunjukkan semasa trip berlangsung.

DUIT (PERTUKARAN WANG)

Boleh dapatkan di ATM berdekatan dan caj bagi setiap ATM adalah berbeza, boleh tanyakan Ketua
Kembara bagi kadar caj bagi setiap ATM

Kedua-duanya boleh, aktifkan penggunaan antarabangsa bagi kedua-dua kad sebelum berlepas.

Perlu, tetapi kami tidak menetapkan jumlah yang Tuan/Puan perlu bawakan, tetapi bawalah sedikit
bagi persediaan semasa kecemasan.

USD, EURO dan TURKISH LIRA. Sekiranya Tuan/Puan bercadang untuk membuat pertukaran mata
wang di Turkiye, bawalah USD dan Euro kerana penggunaannya yang meluas di Turkiye. PS: jangan
bawa mata wang Malaysia kerana risau tidak laku di Pengurup Wang.

MAKANAN

Pihak kami tidak masukkan makan tengahari dan malam di dalam pakej kerana memberikan
Tuan/Puan peluang untuk memenuhi citarasa Tuan/Puan sepanjang di Turkiye, kami juga risau jikalau makanan yang kami tetapkan tidak menepati citarasa Tuan/Puan. Jadi, Tuan/Puan boleh membuat pilihan mengikut keinginan dan bajet. Ketua kembara akan menunjukkan restoran dan cadangan kepada Tuan/Puan.

Tidak susah sama sekali kerana 95 peratus penduduk Turkiye adalah beragama Islam dan semua
makanan adalah halal. Cuma, Tuan/Puan boleh berhati-hati kerana terdapat restoran yang menjual minuman keras

Ketua kembara akan cuba memenuhi keperluan Tuan/Puan, pihak kami nasihatkan Tuan/Puan untuk bawakan makanan dari Malaysia jika tidak boleh menyesuaikan diri dengan makanan di Turkiye.

Kebanyakan makanan di Turkiye kini boleh di dapati di negara Malaysia seperti Kunefe dan Baklava,
tetapi tidak sama rasanya dengan keaslian di Turkiye. Antara makanan yang Tuan/Puan boleh nikmati adalah Pide, Lahmacun, Simit, Kunefe, Baklava, Ais Krim Turkiye, dan kebab.

BAHASA

Rata-rata tempat, Tuan/Puan boleh bertutur English dan kebanyakan kedai di tempat lawatan boleh berjual-beli menggunakan English

Tuan/Puan boleh juga berinteraksi dengan orang tempatan Turki dengan menggunakan applikasi “Google Translate”

SIM-CARD

Terdapat 3 pilihan Sim Card di Turki:


– Boleh beli pakej roaming dengan number telco Malaysia masing-masing
(ada kemungkinan internet teputus di Turki).


– Boleh beli SimCard di Turkiye, Ketua Kembara akan tunjukkan
(Tiada masalah internet sepanjang di Turki).


– Boleh sewa portable wifi yang mampu memberikan internet kepada 5 peranti dalam satu masa
(Perkhidmatan terhad bergantung kepada hotel).

Ya, cuma perlu aktifkan “roaming” di telefon bimbit.

CENDERAHATI

Antaranya Baklava, Turkish Delight, Rempah, Kekacang, Buah-buahan Kering, Lampu, Pinggan
Seramik, Beg, Permaidani, Sejadah, Selendang Sutera, Jaket Kulit, Frigde Magnet, dan Keychain.

TEMPAT CADANGAN (MAKLUMAT)

Istanbul: Negeri yang mengumpulkan semua barangan dari negeri lain dan sejarah penaklukan
Konstantinople


Cappadocia: Negeri yang terkenal dengan bandar bawah tanah dan boleh menikmati Belon Udara
Panas yang menyajikan pemandangan matahari terbit yang cantik.


Bursa: Terkenal dengan sejarah penubuhan Turkiye Uthmaniyah dan selendang sutera

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah semasa Free & Easy iaitu bermain di Gulhane Park (Taman bekas Istana)

Di Istanbul, Tuan/Puan akan berjalan kaki ke tempat lawatan kerana bandarnya yang terlalu padat
membuatkan kenderaan susah untuk mencapat lokasi tempat lawatan. Jadi, Tuan/Puan boleh
membuat senaman berjalan kaki sebelum mengikuti trip di Tukiye.

Ya mesra keluarga, Turkiye adalah sebuah negara yang terkenal dengan teladan Sultan Muhamad
Al-Fateh

Dengan mengabaikan ajakan, mengendahkan jika ada pasangan meminta untuk melihat wang ringgit kita dan membawa bag galas di hadapan.

Lokasi wajib pergi jika melancong ke Tukiye adalah Sultanahmet Area (Hagia Sophia, Topkapi Palace, Sultanahmet Mosque, Hippodrome), Tuan/Puan tidak perlu risau kerana lokasi ini telah dimasukkan ke dalam itinerari semua pakej Turkiye.

Semua musim adalah waktu yang terbaik untuk berjalan di Turkiye kerana setiap musim yang
mempunyai tarikan yang menarik. Tetapi 2 musim yang kami ketengahkan adalah musim bunga dan musim sejuk

SEJARAH

Turkiye yang terkenal dengan sejarah pengasas Uthmaniyah dan bangkitnya kerajaan Uthmaniyah.
Selain itu, kota Istanbul juga menjadi saksi kepada penaklukkan Sultan Muhammad Al-Fatih.
Sepanjang trip berlangsung, Tuan/Puan akan mendengar sejarah dan melihat bukti-bukti sejarah di Istanbul.

– Turkiye mempunyai dua benua di dalam negaranya iaitu Eropah dan Asia
– Sejarah Hagia Sophia bertukar dari Gereja ke Masjid
– Jumlah penduduk Turkiye 82 Juta tetapi 22 Juta berada di Istanbul
– Majoriti penduduk Turkiye yang beragama Islam iaitu 95 peratus

1. Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solat
– Ini kebiasaanya orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan! Jika dah ambil
wudhu lepas tu jalan kaki ayam ke dalam masjid, itu maksudnya kaki anda sudah kotor.


2. Tidak makan makanan manis di dalam masakan
– Bagi penduduk Turkiye, rasa manis hanya untuk dessert seperti Baklava dan Turkish Delight


3. Mementingkan kejiranan yang sunyi
– Akan menegur secara terus jika kawasan kejiranan terlebih bunyi atau membuat bising.

SOLAT

Sangat senang kerana Turkiye yang majoritinya orang Islam

Akan diberikan di dalam Panduan Kembara Turkiye

Turkiye tidak mempunyai surau tetapi mempunyai masjid yang setiap 100 meter, Tuan/Puan akan
bertemu dengan Masjid

TENTANG TURKIYE

Tidak dan pihak kami tidak menggalakkan Tuan/Puan untuk menggunakan wifi percuma kerana risau akan penggodam. Tuan/Puan digalakkan hanya menggunakan wifi yang telah disediakan oleh hotel.

Tidak, Tuan/Puan boleh membawa Universal Adapter bagi penggunaan pengecas di Turkiye

SOALAN MENGENAI ASIA

PROSEDUR

Untuk ke Pakistan, anda memerlukan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak kami.
Untuk ke India, anda memerlukan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak kami.
Untuk ke Korea, anda memerlukan K-ETA(Korea Electronic Travel Authorization). K-ETA akan diuruskan oleh pihak kami dengan cas RM50.
Untuk ke Indonesia, tidak memerlukan Visa jika tempoh di sana kurang dari 30 hari.
Untuk ke Uzbekistan, tidak memerlukan Visa jika tempoh di sana kurang dari 30 hari.

MUSIM & SUHU

Boleh merujuk di brochure yang telah kami sediakan kerana terdapat pelbagai lokasi menarik yang
Tuan/Puan boleh kunjungi.

Musim Panas (Mei – Oktober): 48 – 100 ° F / 20 – 38 ° C
Musim Sejuk (November – April): 37 – 77 ° F / 3 – 25 ° C

PENGANGKUTAN

Pihak kami akan menggunakan Coaster/Bas sebagai medium pengangkutan sepanjang
perjalanan kami ke Asia nanti.

Jaringan pengangkutan di Asia terdiri dari lebuh raya, kereta api, Pelabuhan, pengangkutan awam, dan
perkhidmatan perkapalan. Tapi, Pihak kami akan menggunakan lebuh raya sepanjang trip di Asia.

KAWASAN HOTEL

Ya, hotel kami berdekatan dengan kedai serbaneka dan restoran.

DUIT (PERTUKARAN WANG)

Boleh dapatkan di ATM berdekatan dan caj bagi setiap ATM adalah berbeza, boleh rujuk Panduan
kembara yang diberikan untuk mengetahui kadar caj tersebut.

Aktifkan penggunaan antarabangsa bagi kedua-dua kad sebelum berlepas.

Perlu, Pihak kami tidak meletakkan jumlah yang Tuan/Puan perlu bawa, tetapi sediakan sedikit wang bagi tujuan kecemasan.

Mata wang yang digunakan di Asia bergantung kepada negara destinasi dan boleh rujuk Panduan
Currency ADI.

Indonesia : Rupiah

Jepun: Yen

Korea: Won

Brunei: Brunei dollar

Thailand: Thai Baht

Dubai: AED

Vietnam: Vietnamese dong

India: Indian rupee

China: Renminbi(RMB) / Yuan

Uzbekistan: Uzbekistani Som

 

MAKANAN

Pihak kami tidak masukkan makan tengah hari di dalam beberapa pakej kerana memberikan
Tuan/Puan peluang untuk memenuhi citarasa Tuan/Puan sepanjang di Asia.

Kebanyakkan negara Asia merupakan negara Islam, jadi makanan halal mudah di dapati di manamana sahaja.

Ketua kembara akan cuba memenuhi keperluan Tuan/Puan, pihak kami nasihatkan Tuan/Puan untuk
bawakan makanan dari Malaysia jika tidak boleh menyesuaikan diri dengan makanan di negara Asia
yang lain.

BAHASA

Majoritinya, Tuan/Puan boleh bertutur Bahasa Inggeris.

SIM-CARD

Pihak kami boleh menyediakan simkad tetapi talian internet di Pakistan agak perlahan disana
terutamanya apabila berada di kawasan pendalaman. Untuk negera Asia yang lain, kami menasihati anda untuk mengaktifkan servis roaming di peranti masing-masing.

Telefon milik Tuan/Puan boleh berfungsi tetapi simkad yang disediakan itu masih
perlahan kelajuan data internetnya.

CENDERAHATI

Antara cenderahati yang kebiasaannya dibeli di Asia ialah selendang, magnet, permaidani,
barangan antik, kepingan hiasan, gantungan kunci & barang kemas, tembikar, baju-T, & buah kering.

TEMPAT CADANGAN (MAKLUMAT)

Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di Asia iaitu:


Pakistan: Hussaini Bridge, Attabad Lake dan Passu Cones.
India: Taj Mahal, Taman Mughal dan Thajiwas Glacier.
Indonesia: Gunung Bromo, Lautan Pasir dan Gunung Widodaren.
Korea: Gyeongbokgung Palace, Masjid Itaewon dan Pulau Nami.
Uzbekistan: Makam Ismail Samaniy, Muzium Al Quran “Uthman Quran” dan Kompleks Imam Al
Bukhari.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak semasa berada di Pakistan kerana trip ini tidak mesra kanak-kanak. Untuk negara Asia yang lain, bolej rujuk kepada brochure pakej trip
masing-masing untuk lihat aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak.

Tuan/Puan akan berada di dalam kenderaan yang mengambil masa lama untuk tiba ke destinasi yang dikunjungi. Oleh itu, Tuan/Puan boleh menyediakan ubat-ubatan dari Malaysia jika Tuan/Puan
mempunyai mabuk kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Asia merupakan destinasi yang mesra keluarga. Hanya Pakistan destinasi yang kurang sesuai untuk kanak-kanak tetapi sesuai untuk keluarga yang suka aktiviti lasak.

Pihak kami galakkan Tuan/Puan untuk membawa beg galas di hadapan.

Masa terbaik untuk melawat Asia bergantung pada tempat yang anda ingin melancong kerana setiap negara mempunyai keunikan yang tersendiri. Musim yang kami ketengahkan untuk Asia adalah musim panas pada bulan April-Oktober. Ini kerana cuaca agak kering dan hangat secara umumnya dan merupakan musim terbaik untuk dikunjungi.

SEJARAH

Pakistan: Tapak tamadun purba Mohenjo Daro terletak di Lembah Indus, Pakistan. Lembangan ini
pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek. Kawasan Pakistan kemudian dikuasai oleh kuasa Arab,
Turki, Baloch dan Mongol.


India: India merupakan satu-satunya negara di dunia di mana agama dan tradisi budaya tidak
terganggu untuk masa yang lama. Semua tamadun besar kuno seperti Sumeria, Mesir, Celtic, Rom
dan lain-lain telah muncul dan telah tenggelam ke dalam kelalaian, dan India kekal sehingga hari ini.

Indonesia: Indonesia merupakan negara kepulaun terbesar di dunia, dengan lebih dari 17 000 pulau
yang ada di dalamnya. Selain itu. Indonesia juga merupakan negeri yang sangat kaya raya dengan
sumber alam semula jadi dan kepelbagaian budaya sehingga menarik perhatian seluruh dunia
terutama bangsa Eropah.


Korea: Republik Korea didirikan pada 1948, tiga tahun setelah merdeka dari penjajahan Jepun pada
1945. Namun negara ini sempat diduduki oleh Amerika Serikat (AS) setelah Perang Dunia II. Pada
1950 pasukan Korea Utara menyerbu Korea Selatan, yang menyebabkan Perang Korea. Pasukan
melakukan intervensi di pihak Korea Selatan, sementara pasukan China mendukung Korea Utara.
Perang berakhir dengan gencatan senjata pada 1953.


Uzbekistan: Orang Rusia menduduki Tashkent pada tahun 1865, dan memerintah seluruh Asia
Tengah pada tahun 1920. Di Asia Tengah, Tentara Merah terus sibuk membongkar pemberontakan
melalui tahun 1924. Kemudian, Stalin membagi “Turkestan Soviet,” menciptakan batas-batas Republik Sosialis Soviet Uzbekistan dan yang lain “-stans.” Di era Soviet, republik Asia Tengah amat berguna terutamanya untuk kapas yang semakin meningkat dan menguji peranti nuklear; Moscow tidak banyak melabur dalam pembangunan mereka. Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet pada 31 Ogos 1991. Perdana menteri Soviet, Islam Karimov, menjadi Presiden Uzbekistan.

Pakistan: Sekiranya seorang lelaki memberi hadiah kepada seorang wanita, dia hendaklah
mengatakan bahawa itu adalah dari isteri, ibu, saudara perempuannya, atau saudara perempuan yang lain.


India: Bagi masyarakat India, diorang mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, walaupun jasad akan hancur, ia akan kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan.


Indonesia: Di setiap daerah memiliki makanan tradisional yang memiliki perbezaan rasa, rempah, dan bahan-bahan yang berbeza. Makanan tradisional menjadi antara faktor identiti sebuah masyarakat. Contoh makanan tradisional seperti rojak cingur dari Jawa Timur, kerak telor dari Jakarta, ayam betutu dari Bali dan lain-lain.


Korea: Kaum lelaki di Korea Selatan sangat suka bersolek. Dianggarkan sebanyak RM3.78 billion
dibelanjakan dalam membeli alat solek oleh kaum lelaki di negara ini. Hampir 20% daripada mereka bersolek dengan kerap.


Uzbekistan: Di Uzbekistan, budaya teksi sapu adalah sesuatu yang diraikan. Dikhabarkan anda boleh berdiri di tepi jalan di sana memberikan isyarat dengan tangan. Akan ada kenderaan persendirian berhenti menjemput anda, sudi menghantar anda ke destinasi anda dengan kadar bayaran tertentu. Ini kerana di Uzbekistan ramai pemilik kereta persendirian mencari pendapatan sampingan dengan memandu teksi sapu. Dengan menawarkan tambang yang jauh lebih murah berbanding teksi berdaftar, ramai pengguna memilih untuk menaiki kenderaan-kenderaan sebegitu.

SOLAT

Mudah. Di kebanyakkan negara Asia boleh mencari mana-mana tempat untuk bersolat.

Akan diberikan di dalam Panduan Kembara.

TENTANG ASIA

Tidak dan pihak kami tidak menggalakkan Tuan/Puan untuk menggunakan wifi percuma kerana risau akan penggodam. Tuan/Puan digalakkan hanya menggunakan wifi yang telah disediakan oleh hotel.

Tidak, Tuan/Puan boleh membawa Universal Adapter bagi penggunaan pengecas di Asia.