fbpx

Beautiful little snow ❤️


Keindahan ini adalah sekitar kawasan Mürren, Switzerland. Salji yang turun bukanlah seperti ais kepal dan ais yang biasa sebabnya ia sememangnya halus, lembut, tenang, cantik dan sehingga kita tidak sedar ia mampu membawa kesakitan sebab sejuk sangat wuu.

Tapi tahukah anda bahawa kejuaraan ski tertua didunia pernah berlangsung disini sekitar tahun 1928. Masa tu admin pun tak lahir lagi. Jadi sukan ski ini akan berlangsung di Mürren-Schilthorn. Tetapi di Switzerland mereka mempunyai kira-kira 20 pusat peranginan ski atau mungkin lebih, jadi kalau anda berpeluang ke sana jangan lepaskan peluang okay?

Kawasan trek ski tersebut mempunyai kira-kira hampir 53 kilometer bagi ski, snowboard dan laluan berjalan kaki.

 


Mürren sebenarnya sebuah daerah perkampungan gunung Switzerland di kaki puncak Schilthorn . Dan yang membuatkan ia semakin terkenal di seluruh dunia adalah disebabkan filem James Bond yang melakukan pengambaran di puncak Schilthorn ini. Haa kalau korang dah sampai puncak atas tu boleh lah cuba ke Restoran Piz Gloria 360 “James Bond” yang mempamerkan pameran 007 dan semestinya pemandangan Mount Blanc yang sangat-sangat indah. Admin kalau boleh taknak balik.

#switzerland #europe #beautiful #scenery #travel #murren #jamesbond

#discoverswitzerland #swiss #mountblanc #alps #kembara #akudanistanbul #winter

#snow #vacation #holiday #photography #beautifuldestinations #swissalps

#wanderlust

 

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *