Stari Most

Stari Most 🇧🇦

Juga dikenali sebagai Old Bridge, Mostar yang berlokasi di Bosnia
.
Dibina semula sekitar tahun 1557 M dibawah arahan Sultan Suleymaniya Qanuni yang inginkan perubahan daripada sebuah jambatan kayu kepada sebuah binaan yang mempunyai batuan .
Ia merupakan jambatan yang dibina oleh Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina
.
Sungai Neretva menlalui bawah jambatan Stari Most ini dengan penuh kebiruan sehingga memukau pengunjung disini
.
Telah berlaku juga beberapa kerosakan pada jambatan tersebut ketika peperangan berlaku di Bosnia ini namun ianya telah dibaik pulih dan kini dijadikan tempat tumpuan pelancong untuk bergambar 📷

Passport

 

Buku merah berlogokan jata Negara Malaysia dan dibawahnya terletak logo piawaian ICAO merupakan pasport bagi rakyat Malaysia

Pasport bermaksud dokumen perjalanan sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi rakyatnya digunakan untuk ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika berlaku sebarang kesalahan ( Rujukan lanjut – Jabatan Imigresen Negara)

Ingin dikongsikan juga buat “traveller” yang akan ke luar negara seharusnya sentiasa peka akan tarikh mansuhnya pasport anda ☝🏻

Sekiranya sudah menghampiri 6 bulan akhir sebelum pasport mati, disyorkan untuk memperbaharui pasport anda bagi mengelakkan sebarang kemungkinan untuk ke luar negara

Dan jika sudah memasuki negara yang dituju, para “traveller” perlulah menjaga pasport anda sebaik mungkin kerana ia umpama nyawa anda jika ke luar negara ☝🏻

Sekadar info ringkas bagi mengingati antara satu sama lain dari kami Aku dan Istanbul

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team

Haghia Sophia 🕌

Haghia Sophia asalnya dibina sebagai sebuah Katedral Roman Timur di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Haghia Sophia ini menjadi gereja besar di Konstantinopel selama hampir 1000 tahun lamanya. Dari Greek (Yunani) ia bermaksud “Hikmah Suci” dan gelaran bagi Haghia Sophia ini adalah “The Holy Wisdom”
.
Akhir pada saat-saat yang dinantikan pada tahun 1453, berlakunya kejatuhan sebuah kerajaan Roman Timur yang digeruni iaitu Byzantine kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal
.
Akhirnya, kesemua kesenian Kristian telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga pada tahun 1935 ketika awal pemerintahan Republik Turki 🇹🇷 menukarkan Haghia Sophia yang merupakan sebuah Masjid kepada muzium oleh kerajaan Republik pada ketika itu


.
Tempoh selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model buat masjid-masjid lain seperti Masjid SultanAhmet/Masjid Biru (Blue Mosque di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha
.
.
Cuba share mana tempat menarik dan yang paling korang suka melawat. Kalau admin antara semua admin suka pergi Haghia Sophia ❤👍🏻. Korang suka pergi yang mana?

DAXING INTERNATIONAL AIRPORT

 

Berkonsepkan futuristik dan berbentuk seperti “Starfish” yang diberi gelaran

oleh orang ramai akan dibuka pada 29 September 2019, esok 🤩
.
Jadi buat sesiapa yang akan ke Beijing selepas ini boleh lah cuba ke Airport yang baru ini 😍, tapi penat sikitla berjalan ye sebab besar weh. Dijangka akan ada penerbangan ke 112 destinasi dari Daxing International Airport ini yang akan berlangsung sekitar 2020 tahun depan 😎
.
Mungkin anda berpeluang merasai jika ikuti Trip kami ke Beijing – Mongolia tahun depan 😍❤🇨🇳
.
.
“Patrick Star nak jadi airport kesian kat spongebob” 🤣
📷❤ Credit post @ilove.beijing | @cnntravel 👍🏻
Jom Travel bersama kami @akudanistanbul

Konsep Percutian

Percutian santai cara Aku dan Istanbul. Lebih santai, lebih relax. Bukan trip touch & go, duduk dalam bas lama-lama & pelepasan kumpulan kecil 10-15 orang.

Pakej Terbuka

Pakej Terbuka ialah pakej yang kami sediakan mengikut tarikh-tarikh tertentu. Kami akan kumpulkan semua peserta di Istanbul. tidak kira anda datang seorang atau berkumpulan anda boleh menyertai trip ini.​

Pakej Persendirian

Pakej persendirian ialah peserta yang ingin memilih tarikhnya sendiri. Mereka juga boleh memilih untuk tidak bercampur kumpulan dengan peserta lain. Kelebihan Trip Persendirian ialah peserta mempunyai privasi dari segi masa & pergerakan.​