Dubrovník, Croatia
Semua lokasi yang berada di Balkan ini semuanya menarik dan memang sangat indah.
Harini ini admin nak share apa yang korang kena buat kalau ke Dubrovník. Tak sabarnya kalau dapat bawa peserta pergi Bosnia-Croatia-Montenegro.
(1) Okay dah sampai Dubrovník, korang mesti kena pergi jalan-jalan dekat Tembok Dubrovník ini atau dikenali Dubrovník Walls. Boleh habiskan dalam masa 2-3 jam. Tapi kalau ikut tak boleh la sebab ada lokasi lain, ini kalau bergerak sendiri boleh la cuba.
(2) Seterusnya, anda mestilah kena cuba jalan-jalan ke sekitar Old Town of Dubrovník. Setiap pada kawasan mempunyai kecantikkan yang tersendiri tetapi ada beberapa lokasi yang perlu dibayar kalau nak masuk. Macam kami bawa untuk explore scenery sahaja. Kalau berminat nak masuk kena bayar sendiri. Tertakluk terma dan syaratnya.
(3) Seterusnya kalau dah sampai sini mestilah kena explore centre of Old Town Dubrovník ini. Ia adalah “The Stradun” dan pernah menjadi lokasi penggambaran Filem Star Wars Episode lX. Peminat Star Wars kena datang sini.
(4) Korang kena pergi jalan-jalan ke lokasi penggambaran Game Of Throne di Kubu Lovrijenac dan di kawasan Pile Bay. Disinilah ada babak sewaktu Daenerys selamatkan naganya. Cuma nak masuk sini ada bayaran dan tour lain jadi kenalah bawa bajet siap-siap. Yang ini juga dikira tour asing macam kalau ikut ADI yang ini tidak termasuk jadi kena bayar sendiri ya. Harga tour ada banyak bergantung pada tour yang kita minat. Macam 2 jam tour Game of Throne sekitar RM 90 anggaran 19€ / 150 Kuna. Itu kena survey selalu ya harga boleh berubah. Rujukan tripadvisor.
InshaaAllah apa pun sebelum fly atau travel kemana-mana pastikan membuat persediaan rapi, study sikit info2 negara yang nak travel dan alert dengan barangan peribadi ketika travel. Terutama pada passport, wang, dan card bank anda. Jadi selamat bercuti.
Nak tahu lebih lanjut boleh baca di :
FB page : Akudanistanbul
Website : www.akudanistanbul.com/blog
Credit photo : @secretagent_wesanderson
#akudanistanbul #croatia #dubrovnik #explore #gameofthrone #winter #summer #autumn #spring #travel #adventure #balkans #europe #wanderlust #croatia