fbpx

Percutian impian ke Eropah

Pengalaman yang lebih epik untuk percutian ke Eropah – Switzerland dan gabungan negara lain 

Switzerland sememangnya sebuah destinasi percutian yang menakjubkan dengan keindahan gunung-ganang, tasik yang jernih, bandar-bandar yang bersih, dan coklat serta keju terbaik di dunia.

Tetapi ada dikalangan traveler yang lebih suka bercuti ke banyak negara dan destinasi dalam satu masa sebab  jarak yang dekat dan jaringan pengangkutan yang efisien.

Jadi, berdasarkan pengalaman kami membawa peserta bercuti ke Eropah, admin cadangkan anda wajib experience keindahan seni bina klasik di Vienna(Austria), ke sejarah mendalam di Munich (German), hinggalah ke keunikan budaya dan makanan di Milan (Itali) .

Berikut adalah cadangan itinerari untuk 2 jenis trip yang sesuai untuk digabungkan dengan percutian ke Switzerland. 

Switzerland dan Itali

Itinerari

Perlepasan KLIA [KUL] (petang / malam)

Tiba di Milan. Sarapan pagi. Mulakan lawatan ke Duomo Milano, seterusnya ke Galleria Vittorio
Emanuel, dan lawatan ke rumah kepada beberapa Milanese Muzium iaitu Sforza Castle. Daftar masuk
hotel dan bermalam di Vicenza.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Mulakan lawatan ke Venice: Jambatan terkenal Rialto Bridge,
menyelusuri Grand Canal dengan pemandangan bangunan diatas air, meneruskan lawatan ke dataran awam iaitu Piazza San Marco. Daftar masuk hotel dan berehat.

Mulakan lawatan dan membeli-belah di Fox Town Factory Outlet. Pergerakan diteruskan ke Lucerne dan
bersiar-siar di bandar lama Luzern. Melawat Chapel Bridge dan membeli-belah di Lucerne. Daftar masuk
hotel di Mozzate.

Sarapan pagi dan daftar kelur hotel. Melawat ke Mount Titlis (aktiviti pilihan). Meneruskan perjalanan
ke Iseltwald
di mana terdapat jambatan (CLOY) dan bersiar-siar di Interlaken. Daftar masuk hotel di
Interlaken.

Sarapan pagi dan mulakan lawatan ke Lauternrunnen. Kemudian, berhenti di Staubach Fall (Photo stop) & meneruskan lawan ke Gunung Murren dengan menaiki scenery train dan kereta kabel untuk menuju ke pekan bandar Murren. Singgah di Blausee Lake. Daftar masuk hotel dan bermalam di Bern.

Sarapan pagi. Mulakan lawatan ke bandar lama Bern iaitu ibu negara bagi negara Switzerland. Singgah
di Barengraben (Bear Park) dan Nydegg Bridge. Kemudian bersiar-siar di bandar Bern. Bertolak ke
Rheinfalls. Pulang ke hotel.

Aktiviti bebas. Bertolak ke lapangan terbang Zurich untuk pulang ke Malaysia.

Tiba di KLIA  -end trip-

Destinasi Wajib Pergi

Italy

  • Duomo Milano – Katedral ikonik dengan seni bina Gothic
  • Galleria Vittorio Emanuele II – Pusat membeli-belah mewah dan bersejarah
  • Sforza Castle – Muzium dan istana bersejarah
  • Rialto Bridge – Jambatan terkenal di Grand Canal
  • Fox Town Factory Outlet – Pusat membeli-belah jenama mewah

Switzerland : 

  • Mount Titlis – Port main ski yang wajib pergi
  • Iseltwald (CLOY Bridge) – Lokasi terkenal dari drama Crash Landing on You
  • Mürren – Pekan atas gunung dengan scenery train & kereta kabel
  • Blausee Lake – Tasik biru yang jernih
  • Rhine Falls (Rheinfalls) – Air terjun terbesar di Eropah

Switzerland, Austria dan Germany

Itinerari

Penerbangan dari KLIA ke Zurich, Switzerland .

Bergerak ke Bandar Lama Bern, Barengraben (Taman Bear), dan Nydegg Bridge 

Naik kereta kabel untuk ke Gunung Murren dan singgah di Staubbach Fall. Kemudian, bergerak ke Blausee Lake serta membeli-belah dan bersiar-siar di sekitar bandar Interlaken.

Berjalan di kawasan Iseltwald dan melawat Brienze Lake. Kemudian, bergerak ke Lucerne untuk melawat Chapel Bridge, membeli-belah
cenderamata dan bersiar-siar di bandar Lucerne. 

Bergerak ke Rhine Falls.

Bergerak ke Schwangau untuk melawat Neuschwanstein Castle dan Hohenschwangau Castle. Kemudian, bergerak ke Salzburgh untuk
melawat 
Old Town Salzburgh. 

Bersiar-siar di Hallstatt Old TownHallstatt Lake dan Salzwelten 

Perjalanan ke Munich. Melawat Allianz Arena (Bayern Munich FC) & bandar lama Munich. 

Bergerak ke Zurich untuk ke airport dan pulang ke Kuala Lumpur.

Destinasi Wajib Pergi

Switzerland

  • Bern – Bandar Lama, Bären Park (Taman Bear), Nydegg Bridge.
  • Murren – Naik kereta kabel ke gunung tinggi Swiss Alps
  • Lake Blausee – Tasik biru jernih yang menawan
  • Iseltwald – Kampung tepi tasik yang terkenal dengan keindahan pemandangan
  • Brienz Lake – Tasik terkenal dengan air biru kehijauan

Jerman

  • Füssen – Bandar bersejarah Bavaria
  • Neuschwanstein Castle – Istana inspirasi Disney
  • Hohenschwangau Castle – Istana lama diraja Bavaria
  • Allianz Arena – Stadium Bayern Munich FC
  • Old Town Munich – Bandar lama dengan seni bina klasik

Austria

  • Salzburg – Old Town Salzburg, bandar kelahiran Mozart
  • Hallstatt Old Town – Kampung tepi tasik yang menawan
  • Hallstatt Lake – Tasik ikonik Austria
  • Salzwelten (Salt Mine Museum) 
percutian ke eropah iaitu switzerland , german , asutria dan itali bersama travel agency yang berdaftar . percutian yang sesuai untuk kanak kanak , keluarga dan warga emas

Itinerari di atas hanyalah cadangan berdasarkan pengalaman kami membawa peserta bercuti ke Swiss & Italy dan Swiss, Austria & German. 

Susunan itinerari mengambil kira jarak perjalanan dari satu tempat lawatan ke  tempat lawatan yang seterusnya. Jika anda sukakan percutian yang santai dan bukannya touch n go , maka itinerari ini memang sesuai untuk anda .

Jadi, anda boleh rancang percutian ke Eropah bersama keluarga dan kawan kawan secara DIY atau sertai mana mana pakej terbuka dengan travel agency yang berdaftar. 

Apa yang penting, pastikan anda susun sebaiknya dan jalankan research yang banyak agar percutian anda adalah Peace of Mind.

 

Mencari open/group trip open/group trip ke Eropah ? Pilih tarikh dibawah​

"DATANG SEBAGAI TETAMU, PULANG SEBAGAI KELUARGA"

Jom sertai trip bersama Aku Dan Istanbul

Lebih dari 10 tahun Berpengalaman

Syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia

Telah menguruskan lebih 2,000 peserta dan 300 kumpulan