fbpx

MOROCCO - SAHARA

KAMI BERPENGALAMAN MENGURUSKAN TRIP SEJAK DARI TAHUN 2013.

MOROCCO + SAHARA TOUR

10 Hari 7 Malam

KENAPA PERLU KE MOROCCO + SAHARA TOUR BERSAMA AKU DAN ISTANBUL?

Berdaftar Dan Berlesen

Kami adalah agensi yang berdaftar dan berlesen sejak 2015. Jangan risau, kami telah mendapat lebih dari 200 review di Google Review.

Hotel Selesa

Jangan takut, bukan hotel bajet tau! Kami sediakan hotel yang selesa untuk anda berehat. Baru rasa macam tengah healing kan!

Pakej Lengkap

Tak perlu pening! Kami dah aturkan semuanya! Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makanan!

Itenary Menarik

Nikmati pengalaman menerokai Turki Klasik bersama ADI — dari keindahan alam, seni bina bersejarah hingga lokasi bergambar yang menawan.

Makanan Halal Sedap

Makanan dalam trip ini pelbagai dan sedap. Kami akan bawa anda merasai  Insha Allah kene dengan selera tetamu.

Tour Leader Berpengalaman

Jangan risau! Trip ini akan ada tour leader yang akan ikut dari Malaysia sampai anda semua pulang semula ke tanah air! Perjalanan anda akan jadi lebih smooth!

Itinerary Pakej Morocco + Sahara Tour

Casablanca - Marrakesh - Ait Ben Haddou - Ourzazate Boumalne Dades - Todra Gorge - Merzouga - Ifrane - Fes - Chefchouen - Rabat

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu pelepasan.

Tiba di Lapangan Terbang Casablanca.

Peserta akan dibawa ke pusat bandar untuk melawat Masjid Hassan Thani. Masjid Hassan II merupakan salah satu masjid terbesar dan tercantik di dunia.

Ini diilhamkan oleh ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa “Arsy Allah di atas air”.

Kemudian peserta akan dibawa ke Mohammed V Square, dan kemudiannya akan bertolak ke Marrakesh untuk mendaftar masuk hotel dan berehat. (3 jam)

Para peserta akan dibawa melawat bandar Marrakesh.

Selepas itu, peserta akan dibawa ke Istana Bahia yang dibina pada abad ke-19.

Seterusnya peserta akan dibawa ke Berber Pharmacie merupakan kedai jualan barangan rempah ratus Morocco, barangan kosmetik tradisional Morocco seperti minyak argan, zaitun, kaktus dan sebagainya.

Selanjutnya para peserta akan dibawa ke Masjid Koutobla yang merupakan masjid terbesar di Marrakesh, Maghribi.

Setelah itu, lawatan akan diteruskan ke Jemaa El Fna yang merupakan bazar membeli belah di bandar Marrakesh (kota lama).

Para peserta akan diberikan masa untuk aktiviti bebas serta membeli-belah di Souq dan pulang ke hotel untuk berehat.

Peserta bertolak ke Ait Ben Haddou merentasi banjaran Atlas.

Ksar of Alt Ben Haddou adalah salah satu senibina Selatan Maghribi.

Ksar pada dasarnya adalah perumahan yang berada dalam dinding pertahanan diperkukuh oleh menara penjuru yang kelihatan seperti istana bandar kecil dengan menara tinggi.

Dalam perjalanan, peserta akan dibawa untuk ke check point “Photostop” di Ourzazate dan beberapa check point sepanjang Atlas Mountain.

Peserta akan menginap di Lembah Boumalne dades.

Todra Gorge merupakan sungai yang dahulunya penuh jurang dan dipenuhi air yang banyak.

Para peserta akan berhenti di Tinghir Berber Village untuk “photostop” , orang Barbar ialah orang asli Afrika Utara di barat Lembah Nil.

Peserta juga akan dibawa ke Fossil shop di Erfoud.

Kemudian para peserta akan terus ke Merzouga. Di sini peserta akan merasai pengalamaan menaiki unta dari kawasan sekitar Merzouga dan padang pasir Sahara (menaiki 4 wheel car atau unta ke khemah).

Peserta juga akan merasai pengalaman “sunset watching”.

Pada sebelah malam, peserta akan merasai pengalaman “Stargazing” dan “campfire”.

Peserta akan menginap di khemah atau hotel di Merzouga.

Para peserta akan singgah di Ziz Valley, lembah kurma.

Kemudian dibawa untuk makan tengahari di Midelt, sebuah perkampungan pengeluar epal terbesar di Morocco.

Seterusnya para peserta akan dibawa singgah sebentar di Ifrane atau digelar Swiss of Morocco kerana bandar, cuaca dan kawasannya seakan di Switzerland.

Peserta akan bersantai sambil menikmati secawan kopi di café.

Sepanjang perjalanan ke Fes, peserta akan dihidangkan dengan pemandangan permukaan bumi yg pelbagai dan menyejuk mata, kemudian peserta akan menginap di Fes.

Peserta akan melawat Royal Palace Fes atau Dar el Makhzen seluas 80 hektar tanah.

Kemudian peserta akan ke Burj Al Janubi yang terletak di bahagian selatan bandar Fes.

Para peserta juga akan dibawa ke Tanneries (kilang memproses kulit).

Cara pemprosesan kulit di Maghribi masih mengikut kaedah tradisional.

Para peserta kemudiannya akan terus ke Universiti Al-Qarawiyyin atau al-Karaouine. Al- Qarawiyyin adalah sebuah masjid/ sekolah agama yang diasaskan oleh Fatima al-Fihri pada tahun 859M.

Peserta akan berpeluang untuk membeli belah di Kota Lama Fes dan kemudian bertolak ke Chefchouen (4jam) dan mendaftar masuk di hotel.

Sarapan pagi dan bertolak ke Old Medina of Chefchouen: Membeli-belah di Chefchaouen adalah lebih tenang untuk pengunjung.

Pasar-pasar adalah yang lebih santai berbanding Marrakech atau Fes.

Chefchouen terkenal dengan namanya blue city Of Morocco.

Tempat lawatan seterusnya ialah Place el Houta dan setelah itu peserta akan bertolak ke Rabat.

Setibanya di Rabat, peserta akan dibawa ke Kasbah Oudaya. la terletak di muara Sungai Bou Regreg bertentangan Sale.

Berikutnya peserta akan ke Mousaleum of Mohammed 5/Hassan Tower Mosque.

Setelah selesai lawatan, peserta akan bertolak ke Casablanca (1jam) dan mendaftar masuk di hotel.

Peserta akan diberikan masa untuk aktiviti bebas, membeli belah dan akan bergerak ke airport untuk

penerbangan pulang ke tanah air.

Pulang ke rumah dengan seribu satu kenangan dan senyuman

Harga Bermula RM 8,690!

Pakej Termasuk

Pakej Tak Termasuk

Harga Pakej

Book slot anda sebelum penuh!

15 - 24 Jan 2026

RM 8,890/pax

5 - 14 Feb 2026

Cuti Hari Buruh

RM 8,890/pax

3 - 12 Apr 2026

RM 8,890/pax

17 - 26 Apr 2026

RM 8,890/pax

30 Apr - 9 Mei 2026

RM 8,890/pax

JOM BERCUTI KE MOROCCO + SAHARA !

Tempahan Pakej Trip Morocco + Sahara

Isi maklumat di bawah dan Travel Konsultan kami akan melayani anda segera