fbpx
TURKI

Pada tahun 2011, Turki telah meluluskan sebuah undang-undang yang membolehkan doktor daripada luar Turki untuk datang bekerja di wilayahnya kerana faktor kekurangan doktor di negara tersebut, terutama di sektor swasta.

Dan di negara Eropah juga dianggarkan sekitar 340 doktor yang ada bagi berkhidmat untuk 100,000 penduduk. Di Turki terdapat 156 doktor setiap 100,000 penduduk.

Oleh itu, Kementerian Turki sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah doktor yang perlu berkhidmat di negaranya dengan membuka pintu untuk semua doktor dari seluruh dunia ini untuk bekerja dan berkhidmat di negaranya.

Tetapi mereka perlu melalui fasa-fasa berikut untuk mendapatkan peluang pekerjaan di negara Turki :
1) Lulus dalam mempelajari bahasa Turki.
2) Lulus peperiksaan STS.
3) Lengkapkan latihan wajib.
4) Lulus peperiksaan TUS.
Jadi mungkin ini peluang terbaik anda untuk berkhidmat di luar negara.
Categories: Uncategorised

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *