16 PERKARA PENTING KE SWITZERLAND

Apa yang korang perlu tahu jika nak bercuti ke Switzerland?

Ini adalah tahun ke empat @akudanistanbul menguruskan trip ke Switzerland. Sudah lebih 20 trip kebanyakkannya trip persendirian kami bawa ke Switzerland. Jadi kami ada beberapa tips untuk mereka yang ingin bercuti ke negara Switzerland yang dikatakan syurga dunia dan dikatakan tempat percutian paling mahal di dunia.

1. Musim terbaik & kos tak mahal sangat ialah bulan April-Mei (musim bunga). Oktober-Awal November.(musim luruh)

2. Swiss kalau nak tengok cantik mesti kena ada 3 benda ni:
i) snow cap (puncak gunung bersalji).
ii) Gunung2 menghijau.
iii) Tasik warna biru.


Kalau korang datang masa musim sejuk pemandangan dia kebanyakkan putih bersalji & berkabus sebahagian tempat (Pada Disember) Kalau pemandangan semua putih sahaja baik korang pergi Bursa Turki. Lagi murah.

3. Sebaiknya ambil airport Zurich. Kalau airport Geneva agak sedikit mahal harga tiket. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk ke Swiss.

4. Sampai di Imigresen, pegawai akan tanya beberapa soalan wajib. Pastikan korang dah sedia dengan jawapan dan jawab dengan yakin.
i) Apa tujuan ke Swiss ?
ii) Tinggal di mana ?
iii) Berapa hari di swiss ?
iv) Tiket ‘return’ ke Malaysia.

5. Kalau ada bawa mak ayah atau orang2 tua yang tak pandai bahasa inggeris atau cuak nak bersoal jawab dengan pegawai, boleh ke bahagian cop pasport sekali dengan mak/ayah. Tak perlu beratur seorang diri.

6. Kalau pergi lebih dari 4 orang sebaiknya naik kereta. Lebih jimat dari naik keretapi. Naik kereta boleh masuk kawasan kampung yang mana pemandangan lebih cantik. Masa pun tak terikat. Tapi stereng sebelah kiri lah.

7. Jangan bawa laju di Swiss !

-3816536253946822248
*Boleh Klik link ini untuk melihat video penuh*

Walaupun dalam kawasan jalan kampung. Jika had kelajuan 50KM/j dan korang bawa 55KM/j tetap boleh kena saman. Banyak kamera macam AES. Nak ‘parking’ pun jangan sebarangan tempat ya. Silap2 kena tarik. Kalau pergi kawasan bandar caj letak kereta agak mahal. Sejam boleh jadi RM15.

8. Kami selalu sewa kereta guna Europecar. Tiada kos tersembunyi atau kos luaran. Sebaiknya ambil sekali perlindungan insurans. Kena tambah dalam rm200 atau bergantung berapa hari.

9. Jangan kedekut, ambil insurans !

Jika korang terlibat sekecil kemalangan contoh cermin pecah atau lampu pecah, percayalah kos untuk ganti rugi boleh beli tiket Kul-Zurich sekali lagi. Kalau ada insurans inshaallah kerosakan itu di tanggung (ikut nilai insurans).


10. Hotel kebiasaannya kami ambil area Lauterbrunenn atau Grindelwald. Bilik nak murah ambil je ‘toilet sharing’. Hostel kat Swiss ni dia punya kemudahan & keselesaan kadang2 lebih baik dari hotel kat Istanbul atau Malaysia. Swiss ni semuanya tersusun & bersistematik.

11. Kalau korang bajet sangat tidur je dalam kereta. Tapi tidak galakkan sebab Swiss punya sejuk waktu malam bukan biasa-biasa. Melainkan korang sanggup bawa ‘sleeping bag’. Tapi jangan sesekali pasang enjin kereta (nak hidupkan pemanas) masa korang tidur. Korang boleh kena saman. Saman dia pula sama harga korang tidur hotel .

      

12. Makanan biasanya kami masak untuk sarapan & makan malam. Kalau tengahari beli kebab. Harga sebiji kebab biasanya 10CHF = RM45. Kalau korang lepak kat Interlaken kat sana banyak kedai runcit halal. Boleh lah beli ayam halal mentah. Seekor baru RM70-80 sahaja. Pengalaman saya pernah makan Nasi Briani kat kedai Pakistan. Kena RM115 sepinggan. Yang buat rasa nak marahnya ialah Nasi Briani dia bagi tu sebiji macam korang beli Nasi Briani Brahim lepas tu letak dalam pinggan.

13. Di Swiss bawa je makanan apa yang nak bawa dari Malaysia. Mereka tak ketat sangat macam Australia/Jepun. Kalau aku paling senang bawa makanan dalam tin & nasi impit.

14. Antara cenderahati yang korang boleh beli kat Swiss ialah coklat atau pisau Victorinox dia. Tajam ya Rabbi! Cenderahati kat Swiss harga dia boleh tahan. ‘Keychain’ je dah RM15. ‘Keychain Istanbul baru RM1.50 satu. Kalau ada kawan2 minta ole2 dari Swiss korang bawa jela balik daun2 yang gugur tu bagi kat dorang.

15. Jam Swiss murah ? Orang selalu minta belikan jam sebab kami kata jam kat Swiss murah. Murah tu maksudnya kalau kat Malaysia Harga jam Tag Heuer harga RM40k, kat Swiss korang boleh dapat RM35k. Bukannya harga jam kat sana murah sebiji RM200-300. Dekat Swiss nak cari jam RM500 sebiji pun payah melainkan jam Swatch.

16. Yang terakhir kalau ambil pakej trip ke Eropah pastikan trip tu akan duduk sekurangnya 3 hari di Swiss. Sebabnya tempat paling cantik dalam eropah malah dalam dunia adalah di Swiss! Rugi bayar trip mahal2 tapi singgah Swiss 1 malam sahaja. Tapi kalau pakej yang diambil itu murah layan jela.

Kalau nak lihat perjalanan program trip kami boleh tinggalkan emel korang di ruangan komen. Inshaallah Isnin nanti kami emelkan. Boleh jadi rujukan. Jangan lupa ‘share & tag’ geng2 kaki jalan korang.

Nak lihat lebih banyak info2 menarik boleh ikuti kami di akaun Facebook dan Instagram @akudanistanbul.

2 Replies to “16 PERKARA PENTING KE SWITZERLAND”

  1. Assalamualaikum… Diharap tuan sudi kongsikan itinerari ke swiss? Dan cadangan penginapan yang sesuai utk ber5 (sekeluarga)

  2. Assalamualaikum saya konsultan Akudanistanbul, berikut saya akan kongsikan detailsnya. Cuma boleh tuan kongsikan no.telefon untuk pihak kami hubungi semula bagi memberikan makumat pakej dengan lebih lanjut 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *