Pengalaman Jumaat Ku di Türkiye

İstanbul | Türkiye

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengembara diluar sana 🥰

Di hari yang penuh mulia ini, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan diredhai segala apa yang kita amalkan. Hari ini kan hari Jumaat jadi buat kaum Adam semestinya sudah bersiap sedia untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat 🌹

Tetapi mesti ada antara kita yang akan berpeluang untuk solat Jumaat di Turki. Jadi admin nak kongsikan la sedikit pengalaman yang mungkin boleh dijadikan panduan atau sekadar kisah untuk dikongsikan bersama ✌🏻

(1) Pastikan anda sudah bergerak ke Masjid lebih awal dan tiba sebelum azan. Sebabnya kalau Azan baru nak bergerak memang terlepas la solat Jumaat kebiasaan Khutbah tidak terlalu lama berbanding kita di Malaysia 😂

(2) Alhamdulillah untuk kemudahan berwudhuk dan cuci hadas di Turkey tidak susah dan kebanyakkan semua lokasi utama lawatan air mudah untuk didapatkan tetapi sebaiknya bawa juga ‘Wet Tissue” atau sediakan botol kecil yang berisi air.

(3) Setelah selesai ambil wudhuk pastikan anda mengeringkan bahagian anda berwudhuk kerana di Turki kalau kita tidak keringkan air wudhuk tersebut mereka akan menegur kita 😅. Admin pernah ambil wudhuk terus bergerak tanpa pakai kasut ada seorang ‘Tok Siak’ Masjid di Istanbul menegur min untuk keringkan dahulu dan pakai kasut sebelum memasuki masjid. 🤣

(4) Agak sedikit berbeza kalau di Ulu Cami Bursa sebab masjid Agung di Bursa ini terdapat kolah yang cantik di tengah2 bahagian masjid. Agak unik bukan? Kalau nak tahu apa kisah disebaliknya kenalah datang Turki hehehe 😍. Nak ceritakan disini adalah bagusnya masjid ini memudahkan jemaah untuk berwudhuk dalam masjid kemudian ia pula menyediakan tuala kecil yang dibasuh setiap hari serta bersih jadi amat selesa dan memudahkan buat pengembara. 🥰

* Tetapi admin nak pesan tuala kecil tu jangan ambil pula ya 🤣, itu adalah hak masjid ye gaiss dan untuk perempuan kena ambil wudhuk diluar kalau di Masjid Ulu Cami. 😅

(5) Walaupun kita bermusafir dan mendapat kelonggaran untuk tidak solat jumaat tetapi jika anda berpeluang untuk berjemaah apa salahnya untuk ikut bersama dalam solat jumaat di negara orang. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. 😉

(6) Untuk yang wanita jika ingin ikut bersama solat Jumaat boleh ikut bersama seperti di Sultanahmet Camii (Blue Mosque) menyediakan bahagian untuk wanita2 solat jumaat bersama-sama. 🥰

(7) Jika anda berpeluang untuk solat Jumaat bolehlah pergi ke beberapa buah masjid ini di Istanbul iaitu Sultanahmet Camii, Büyük Çamlica Camii, Süleymaniye Camii, Fatih Camii, Eyüpsultan Camii, Yeni Camii, Örtakoy Camii, Beyazit Camii, Yıldız Hamidiye Camii, Rüstem Pasha Camii dan lain-lain lagi. Kalau anda berkesempatan la hehe alhamdulillah admin dah berpeluang ke semua masjid ini hehehe anda bila lagi?

(8) Nak cerita semua kenalah mengembara dengan admin hehehe. Yang terakhir hanya admin nak berpesan untuk jaga barangan peribadi anda ya. Sebab waktu solat akan sesak dan ramai orang. Terutama sekali kena jaga passport sebab bila kita ke luar negara passport ini adalah nyawa dan jagalah yang lain seperti dompet, beg, kasut dan lain-lain.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari sebarang musibah. Untuk yang sudah datang ke Turki pasti anda merindui suasana disana bunyi orang ramai yang bersesak ingin melihat Istanbul, bunyi tramvay, kereta dan seluruhnya yang menghiasi Istanbul sebagai sebuah bandar yang diimpikan orang ramai untuk datang. Untuk yang belum sampai ke Istanbul admin pasti korang akan datang dan pulang dengan rindu. 😍

Credit Photo 📷 : Hasnan Na’iem | Google Turkey
writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team

Salam Jumaat semua | Hayırlı Cümalar🌹
#turkey #travel #muslimtravel #halaltravel
#muslimtour #adventure #explore #kembara
#akudanistanbul #beautifulistanbul #istanbul #turkey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *