fbpx

Sahleb | Sahlab 🥛– Istanbul

Bila musim sejuk tiba semestinya akan lebih lapar dan mesti akan cari makanan atau minuman yang panas untuk menyedapkan tekak bila menghadapi musim sejuk, admin lagi la kat sana kuat makan🥶

Okay, kebiasaan orang akan cari makanan yang berlemak seperti daging, çay atau kahve, yang panas dan sebagainya ketika menghadapi musim sejuk untuk segarkan badan. Sewaktu admin kembara di Turki ada sesuatu yang menarik perhatian admin tau yang dekat Malaysia tak ada. Nak tahu kena lah baca dan boleh scroll bawah 😉

Baiklah, admin nak share satu info ni yang mana kalau korang semua berkesempatan ke Istanbul waktu musim sejuk semestinya dan wajib cuba minuman ini ketika musim sejuk tau. Ia adalah Sahleb/Salep/Sahlab🥛. Susu yang dihasilkan bersama herba dari bunga Orchis/Orchid/Salep Otu (Dikenali sebagai Sahleb powder) dan lebih menyelerakan sebab ianya dimaniskan lagi bersama serbuk kayu manis bagi menaikan lagi aroma. Tapi bila awak tersenyum sambil minum Sahleb lebih manis sebenarnya😍. Gurau2🤣

Asalnya minuman ini merupakan minuman dari timur tengah dan ia menjadi lebih terkenal ketika Zaman “Ottomans” dan lebih terkenal di Istanbul dari awalnya sehingga kini. Sahleb ada orang suka yang original tidak campur dengan perisa lain ada orang suka campur dengan aiskrim, biskut, kekacang atau coklat. Çok Lezzet, sangat enak diminum ketika musim sejuk 🤤

Haa mungkin ada yang dah tahu kalau ada yang baru first time nak pergi ke Istanbul jangan lupa untuk cuba tau😍. Nak yang sedap boleh rasa di hadapan muzium Panorama 360 di Istanbul. Banyak lagi tempat lain boleh cuba mungkin lebih eksklusif di Mado Cafe, Kahve Dünyası dan lain-lain

Kalau Sahleb yang tepi jalan ni murah lagi berbanding kedai. Sekarang sekitar 6-8 Lira kalau yang cafe mungkin dalam 10 lira ke atas💸. Kalau anda berpeluang boleh lah cuba ya, tapi jangan silap beli Boza pula ya haa Sahleb dan Boza berbeza tau haa nak tahu Boza tu apa nanti kan di Info ADI yang seterusnya. Kami akan sharekan macam-macam lagi info mengenai kembara @akudanistanbul✈️

Sebarkan buat para kembara yang baru pertama kali ingin ke Istanbul🇹🇷😊

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team
#travel#hotdrinks#sahleb#sahlab#istanbul#turkey#explore#vacation#holiday#food#streetfood#levant#europe#beautiful#nice#taste#unique#cinnamon#discover#guzel#lezzet#delicious

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *