MASJID PERTAMA DI SLOVENIA

MASJID PERTAMA DIBUKA DI SLOVENIA SETELAH 50 TAHUN

ALHAMDULILLAH.

LJUBLJANA : Mošeja Al Iman atau Masjid Ljubljana yang pertama Slovenia telah dibuka dan digunakan di ibukota Ljubljana pada hari Isnin, 3 Feb 2020. Hampir 50 tahun akhirnya terbina dan siap sebuah masjid di Ljubljana dan boleh digunakan oleh para komuniti Islam di sana, kebanyakka dari sana adalah warga Islam Bosnia.

Selepas berjaya mengharungi pelbagai halangan terutama dalam kewangan, politik dan pelbagai yang diperjuangkan akhirnya mereka berjaya untuk mewujudkan satu lagi komuniti Islam di bumi Slovenia ini. Ketua masyarakat Islam Mufti Nedzad Grabus berkata pembukaan masjid adalah “titik perubahan dalam kehidupan kami.”

Ia terletak di kawasan semi-perindustrian di sebuah bandar Ljubljana. Ia boleh menampung sehingga hampir 1,400 orang serta merupakan teras Pusat Kebudayaan Islam yang memiliki enam bangunan yang boleh digunakan.

Pusat ini juga termasuk pejabat komuniti seperti pusat pendidikan, termasuk perpustakaan, restoran, gelanggang bola keranjang, perumahan buat Imam dan Bilal. Ia juga memiliki menara tinggi 40 meter (131 kaki). Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada konkrit putih yang digabungkan dengan keluli, kaca dan kayu.

Jadi kalau ada orang Islam yang ke Slovenia selepas ini lebih mudah untuk beribadah serta tidak risau untuk mencari sebuah komuniti Islam disana. Berharap agar Islam di seluruh dunia akan tersebar luas dan menjadi ikon yang buat semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa.

Salam Kembara ✈️
#travel #islam #muslim
#newmosque #Ljubljana #slovenia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *