9 Manisan & Pastri Yang Menarik

Manisan & Pastri 🧁🍮🍩

Hai pengembara, selamat berhujung minggu 🥰

Admin memang meminati makanan yang manis2 terutama pada manisan,biskut,pastri,kek dan pelbagai lagi. Mesti siapa yang pernah tengok LIVE admin mesti ingat admin ada bawa makan manisan2 di Turki terutamanya hehe terliur pulak tak apa nanti kan misi mencari manisan bersama min di Istanbul nanti 🤤

Okay disini admin nak sharelah juga beberapa makanan yang manis-manis yang boleh korang cari semasa mengembara yang wajibnya carilah yang halal dan boleh dimakan ya 😉 :

(1) Lokum/Turkish Delight

Boleh cari semasa mengembara di Turki atau Middle East. Lebih banyak di Turki.

 

(2) Macaron

Boleh mencarinya ketika mengembara di Perancis. Pastikan anda dapatkan yang halal.

 

(3) Baklava

Boleh cari semasa anda mengembara di Turki. Admin syorkan cari di Istanbul sebab lebih mudah untuk dapat.

 


(4) Churros

Manisan yang lahir dari Sepanyol dan sekarang anda boleh dapatkan dari seluruh dunia. Pastikan cari yang halal ya.

 

(5) Künefe/Kinafah/Kunafah

Antara manisan yang menjadi pilihan para pengembara yang ke Timur tengah. Sentiasa mempunyai variasi rasa sama ada di campur bersama aiskrim, berperisa coklat dan lain-lain. Kalau tak cuba rugi tau.

 

(6) Trdelník

Sebuah pastri yang lahir dari Praque dan Slovakian ini merupakan pilihan buat para pengembara kerana rasanya yang disaluti cinnamon dan diisi dengan aiskrim, salad, ayam dan macam2 lagi. Tetapi pastikan anda dapatkan yang halal semestinya.

 

(7) Trileçe

Manisan yang dilahirkan dari daerah Balkans dan agak terkenal hingga ke Timur Tengah. Admin selalu makan ni di Istanbul dekat Hafiz Mustafa peghh memang padu rasa karamel dan susunya yang amat manis.

 


(8) Halaweh/ Halwa

Yang ini para pengembara semestinya akan menjumpainya di daerah timur tengah seperti di Jordan, Syria, Saudi Arabia dan lain-lain lagi. Pastikan minum air kosong banyak2 ya admin duk tulis ni pun telan air liur tengok gambar2.

 


(9) Lokma/Loqaimat/Zalabiyah

Anda boleh temui nya di timur tengah seperti Mesir, Jordan, Turki dan lain-lain. Yang ini rasanya seperti donut cuma manis tetapi makan masa panas tau kalau tak panas serius dah kurang sedap. 🤤

 

Sebenarnya banyak lagi tau macam kita Malaysia ada kuih muih yang sangat lazat dan unik macam kuih seri muka, dodol dan macam-macam lagi. Di Jepun anda boleh cuba makan Mochi sejenis kuih yang manis juga. Pretzel dari Eropah dan banyak lagi sebenarnya hehe anda kembara pasti akan jumpa nya cuma pastikan anda mendapatkan makanan yang halal ya 😘

Cuba share antara manisan ini yang anda pernah rasa 😍 dan sebarkan pada para pengembara yang lain-lain untuk merasainya sendiri ✈️

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team

#explore #travel #sweet #manisan #pastri #kembara #discover #europe #middleeast #beautiful #halaltourism #fly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *