Kembara ku di Santorini

Oía, Santorini
 
Cantiknya waktu ini di Santorini, MashaaAllah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seronoknya admin bersama peserta. Gambar kiri adalah panorama, kanan adalah realiti disana, ramai tau datang sebab cantiknya sangat 💙

Lokasi yang admin pergi ini adalah di Oía, Santorini 🇬🇷. Dekat sini sangat banyak spot instagrammable. Jadi admin naklah share sedikit info mengenai Santorini, bolehlah buat sesiapa yang nak kembara ke sini ada info-info yang boleh digunakan 😘

  

(1) Santorini ini merupakan sebuah pulau yang amat cantik. Ia memiliki beberapa bahagian iaitu Thirasia, Oía, Finikia, Koloumpos, Panagia Kalou, Thera, Megalochori, Emporio, Akrotiri, Perissa, dan ada beberapa lagi

(2) Spot terbaik untuk anda pergi adalah di Oía, Thera, Akrotiri, dan kalau ada rezeki lebih join lah cruise di Santorini cantik bakhang! 😍

(3) Kalau pengangkutan jika ikut tour mostly dah ada transport tetapi kalau nak bergerak bebas disana ada bas awam (Lebih murah cuma berebut dengan ramai orang), boleh juga sewa moto, kereta dan paling ramai orang ambil adalah ATV serius style sebab boleh ronda2 satu pulau 😍

(4) Makanan, dekat sana amat susah sebab tiada makanan halal. Sebaiknya bawalah kembara pek atau makanan yang mudah dibawa. Kalau nak makan pastikan yang halal dan anda tidak ragu ya. Disana banyak kedai seafood cuma pastikan mereka tidak gunakan alcohol/wine dalam makanan ya. Tapi ke sana haritu admin masak hehehe siap ada lauk kari ayam lagi tapi panaskan dalam tin jelah 😂🤣

 

(5) Realiti di Santorini sebenarnya orang sangatlah ramai. hahah tengok gambar admin sebelah kanan orang padat. Tapi berjaya juga admin ambil gambar lawa2 💙

(6) Waktu bila sesuai datang sini ya? Okay baiklah, waktu yang sesuai dan cun datang sini adalah dari Jun sampailah Oktober. Manakala kalau November hingga Mac ini kurang best sebab winter (Lebih murah waktu ini sebab lowseason) serta banyak hotel,kedai,cafe, tour akan tutup. Hanya ada panorama sahaja. Kalau kami Akudanistanbul ada tarikh Oktober ni, nak join tak?😍


(7) Ada yang tanya disana mesra wheelchair atau stroller baby? Okay secara jujurnya admin katakan agak sukar sebabnya mostly perlu berjalan dan agak berbukit sedikit. Semuanya boleh dikatakan 80% adalah berjalan kaki, lagi banyak jalan lagi banyak jumpa lokasi cantik2. Tetapi dekat Oía lebih santai sikit bawa stroller/wheelchair sebab mendatar sedikit cuma masih perlu berjalan dan agak berbukit di bahagian tebing.

(8) Ada yang tanya kalau fly ke sana
naik flight apa setakat ini yang ke Santorini adalah Aegean Air so boleh lah survey2 ya. Kalau ambil pakej kami tak payah risau sebab kami akan belikan sekali hehe 😘

(9) Lokasi tumpuan dekat Santorini ini mostly adalah di Oía, Thera dan Akrotiri. Tetapi Santorini ada beberapa aktiviti lain yang boleh dibuat selain panorama iaitu ada sunset cruise tour, Hiking tour di Santorini, Museum, Castle, Scuba Diving dan macam-macam lagi. Kalau ikut Akudanistanbul perlulah berdasarkan


Nak baca lebih lanjut boleh ke Facebook atau website Akudanistanbul, ada sambungan sangat berguna dan menark 😘
 

CreditPhoto/Info : @budaksalji Team ADI
Sebarkan dan tag keluarga,kawan2 ya, mana tahu ada info yang berguna sebelum ke sana

 — in Oía Santorini, Greece.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *