fbpx

Haghia Sophia asalnya dibina sebagai sebuah Katedral Roman Timur di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Haghia Sophia ini menjadi gereja besar di Konstantinopel selama hampir 1000 tahun lamanya. Dari Greek (Yunani) ia bermaksud “Hikmah Suci” dan gelaran bagi Haghia Sophia ini adalah “The Holy Wisdom”
.
Akhir pada saat-saat yang dinantikan pada tahun 1453, berlakunya kejatuhan sebuah kerajaan Roman Timur yang digeruni iaitu Byzantine kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal
.
Akhirnya, kesemua kesenian Kristian telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga pada tahun 1935 ketika awal pemerintahan Republik Turki 🇹🇷 menukarkan Haghia Sophia yang merupakan sebuah Masjid kepada muzium oleh kerajaan Republik pada ketika itu


.
Tempoh selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model buat masjid-masjid lain seperti Masjid SultanAhmet/Masjid Biru (Blue Mosque di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha
.
.
Cuba share mana tempat menarik dan yang paling korang suka melawat. Kalau admin antara semua admin suka pergi Haghia Sophia ❤👍🏻. Korang suka pergi yang mana?

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *