“SLEEPOD” DI AIRPORT TURKI

İSTANBUL AIRPORT & SABİHA GOKCEN AIRPORT ✈️

Kan best kalau dekat airport boleh baring2 kejap atau rehatkan badan, tapi ada disediakan ke di airport Istanbul? 🤔

Harini admin nak sharekan sesuatu info yang menarik buat para pengembara semua jika ke istanbul bagi sesi 2020

Terkini di İstanbul Airport (IGA) dan Sabiha Gokcen Airport (SAW) menyediakan kemudahan terbaru iaitu sebuah ruang berehat yang lebih selesa dan moden yang dikenali sebagai “Sleepingpod”, digelarkan sebagai “SLEEPOD”. Sebuah fasiliti terkini dan moden bagi memberikan keselesaan para pelancong yang ingin berehat seketika di lapangan kapal terbang sebelum meneruskan destinasi masing2

Disini ada beberapa info lebih lanjut mengenai “SLEEPOD” kerana ia berada di dua Airport Utama Turki iaitu di : 

  

(i) İSTANBUL AIRPORT (IGA)

İSTANBUL AIRPORT (IGA) EROPAH ✈️
Ia disediakan di ruangan terminal Domestik atau Antarabangsa didalam Airport, tapi “POD” ini bukanlah percuma ya 😅 tetapi berbayar. Setakat ini dimaklumkan bayaran nya untuk per hour adalah sebanyak 9 Euro tetapi untuk ruangan sahaja, sekiranya ingin kan bantal dan sebagainya perlu tambah lagi 2 Euro. Antara yang ada didalam itu adalah ruangan istirehat untuk seorang. Mempunyai tempat cas (USB). Juga disediakan bahagian simpan bagasi “Handluggage” secara privasi

               

(ii) SLEEPOD SABİHA GOKCEN

SABİHA GOKCEN AIRPORT (SAW) ASIA ✈️
Ia disediakan di ruangan terminal Domestik atau Antarabangsa didalam Airport, tapi “POD” ini bukanlah percuma ya 😅 tetapi berbayar. Setakat ini dimaklumkan bayaran nya untuk per hour adalah sebanyak 7 Euro, ianya lebih murah berbanding di (IGA).Antara yang ada didalam itu adalah ruangan istirehat untuk seorang. Mempunyai tempat cas (USB). Juga disediakan bahagian simpan bagasi “Handluggage” secara privasi. Untuk di Airport ini ia mempunyai 10 ruangan untuk wanita, 18 ruangan untuk lelaki dan juga disediakan 1 ruangan yang berkonsep ruangan keluarga

Sebarkan kepada para pelancong yang berpeluang ke Turki, sedikit sebanyak membantu untuk memberi keselesaan pada para pelancong dari seluruh dunia

Credit : https://www.instagram.com/akudanistanbul/ 🇹🇷
Sentiasa ikuti kami Akudanistanbul untuk dapatkan info-info dan fakta menarik mengenai Turki dan Eropah.

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team
#travel #airport #istanbul #turkey

16 PERKARA PENTING KE SWITZERLAND

Apa yang korang perlu tahu jika nak bercuti ke Switzerland?

Ini adalah tahun ke empat @akudanistanbul menguruskan trip ke Switzerland. Sudah lebih 20 trip kebanyakkannya trip persendirian kami bawa ke Switzerland. Jadi kami ada beberapa tips untuk mereka yang ingin bercuti ke negara Switzerland yang dikatakan syurga dunia dan dikatakan tempat percutian paling mahal di dunia.

1. Musim terbaik & kos tak mahal sangat ialah bulan April-Mei (musim bunga). Oktober-Awal November.(musim luruh)

2. Swiss kalau nak tengok cantik mesti kena ada 3 benda ni:
i) snow cap (puncak gunung bersalji).
ii) Gunung2 menghijau.
iii) Tasik warna biru.


Kalau korang datang masa musim sejuk pemandangan dia kebanyakkan putih bersalji & berkabus sebahagian tempat (Pada Disember) Kalau pemandangan semua putih sahaja baik korang pergi Bursa Turki. Lagi murah.

3. Sebaiknya ambil airport Zurich. Kalau airport Geneva agak sedikit mahal harga tiket. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk ke Swiss.

4. Sampai di Imigresen, pegawai akan tanya beberapa soalan wajib. Pastikan korang dah sedia dengan jawapan dan jawab dengan yakin.
i) Apa tujuan ke Swiss ?
ii) Tinggal di mana ?
iii) Berapa hari di swiss ?
iv) Tiket ‘return’ ke Malaysia.

5. Kalau ada bawa mak ayah atau orang2 tua yang tak pandai bahasa inggeris atau cuak nak bersoal jawab dengan pegawai, boleh ke bahagian cop pasport sekali dengan mak/ayah. Tak perlu beratur seorang diri.

6. Kalau pergi lebih dari 4 orang sebaiknya naik kereta. Lebih jimat dari naik keretapi. Naik kereta boleh masuk kawasan kampung yang mana pemandangan lebih cantik. Masa pun tak terikat. Tapi stereng sebelah kiri lah.

7. Jangan bawa laju di Swiss !

-3816536253946822248
*Boleh Klik link ini untuk melihat video penuh*

Walaupun dalam kawasan jalan kampung. Jika had kelajuan 50KM/j dan korang bawa 55KM/j tetap boleh kena saman. Banyak kamera macam AES. Nak ‘parking’ pun jangan sebarangan tempat ya. Silap2 kena tarik. Kalau pergi kawasan bandar caj letak kereta agak mahal. Sejam boleh jadi RM15.

8. Kami selalu sewa kereta guna Europecar. Tiada kos tersembunyi atau kos luaran. Sebaiknya ambil sekali perlindungan insurans. Kena tambah dalam rm200 atau bergantung berapa hari.

9. Jangan kedekut, ambil insurans !

Jika korang terlibat sekecil kemalangan contoh cermin pecah atau lampu pecah, percayalah kos untuk ganti rugi boleh beli tiket Kul-Zurich sekali lagi. Kalau ada insurans inshaallah kerosakan itu di tanggung (ikut nilai insurans).


10. Hotel kebiasaannya kami ambil area Lauterbrunenn atau Grindelwald. Bilik nak murah ambil je ‘toilet sharing’. Hostel kat Swiss ni dia punya kemudahan & keselesaan kadang2 lebih baik dari hotel kat Istanbul atau Malaysia. Swiss ni semuanya tersusun & bersistematik.

11. Kalau korang bajet sangat tidur je dalam kereta. Tapi tidak galakkan sebab Swiss punya sejuk waktu malam bukan biasa-biasa. Melainkan korang sanggup bawa ‘sleeping bag’. Tapi jangan sesekali pasang enjin kereta (nak hidupkan pemanas) masa korang tidur. Korang boleh kena saman. Saman dia pula sama harga korang tidur hotel .

      

12. Makanan biasanya kami masak untuk sarapan & makan malam. Kalau tengahari beli kebab. Harga sebiji kebab biasanya 10CHF = RM45. Kalau korang lepak kat Interlaken kat sana banyak kedai runcit halal. Boleh lah beli ayam halal mentah. Seekor baru RM70-80 sahaja. Pengalaman saya pernah makan Nasi Briani kat kedai Pakistan. Kena RM115 sepinggan. Yang buat rasa nak marahnya ialah Nasi Briani dia bagi tu sebiji macam korang beli Nasi Briani Brahim lepas tu letak dalam pinggan.

13. Di Swiss bawa je makanan apa yang nak bawa dari Malaysia. Mereka tak ketat sangat macam Australia/Jepun. Kalau aku paling senang bawa makanan dalam tin & nasi impit.

14. Antara cenderahati yang korang boleh beli kat Swiss ialah coklat atau pisau Victorinox dia. Tajam ya Rabbi! Cenderahati kat Swiss harga dia boleh tahan. ‘Keychain’ je dah RM15. ‘Keychain Istanbul baru RM1.50 satu. Kalau ada kawan2 minta ole2 dari Swiss korang bawa jela balik daun2 yang gugur tu bagi kat dorang.

15. Jam Swiss murah ? Orang selalu minta belikan jam sebab kami kata jam kat Swiss murah. Murah tu maksudnya kalau kat Malaysia Harga jam Tag Heuer harga RM40k, kat Swiss korang boleh dapat RM35k. Bukannya harga jam kat sana murah sebiji RM200-300. Dekat Swiss nak cari jam RM500 sebiji pun payah melainkan jam Swatch.

16. Yang terakhir kalau ambil pakej trip ke Eropah pastikan trip tu akan duduk sekurangnya 3 hari di Swiss. Sebabnya tempat paling cantik dalam eropah malah dalam dunia adalah di Swiss! Rugi bayar trip mahal2 tapi singgah Swiss 1 malam sahaja. Tapi kalau pakej yang diambil itu murah layan jela.

Kalau nak lihat perjalanan program trip kami boleh tinggalkan emel korang di ruangan komen. Inshaallah Isnin nanti kami emelkan. Boleh jadi rujukan. Jangan lupa ‘share & tag’ geng2 kaki jalan korang.

Nak lihat lebih banyak info2 menarik boleh ikuti kami di akaun Facebook dan Instagram @akudanistanbul.

TURKI

TURKI

Pada tahun 2011, Turki telah meluluskan sebuah undang-undang yang membolehkan doktor daripada luar Turki untuk datang bekerja di wilayahnya kerana faktor kekurangan doktor di negara tersebut, terutama di sektor swasta.

Dan di negara Eropah juga dianggarkan sekitar 340 doktor yang ada bagi berkhidmat untuk 100,000 penduduk. Di Turki terdapat 156 doktor setiap 100,000 penduduk.

Oleh itu, Kementerian Turki sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah doktor yang perlu berkhidmat di negaranya dengan membuka pintu untuk semua doktor dari seluruh dunia ini untuk bekerja dan berkhidmat di negaranya.

Tetapi mereka perlu melalui fasa-fasa berikut untuk mendapatkan peluang pekerjaan di negara Turki :
1) Lulus dalam mempelajari bahasa Turki.
2) Lulus peperiksaan STS.
3) Lengkapkan latihan wajib.
4) Lulus peperiksaan TUS.
Jadi mungkin ini peluang terbaik anda untuk berkhidmat di luar negara.

Berjalan – jalan di Istanbul

Siapa pernah jalan-jalan di Istanbul waktu malam? Haa kalau tak pernah boleh la ikut min jalan-jalan disanakan.

.
Malam seperti biasa kalau tak penat dan masih kuat untuk berjalan-jalan kawasan sekitar pastikan gerak berdua dan pergi kawasan yang orang ramai untuk elakkan sebarang perkara tidak diingini. Tetapi di Istanbul selamat untuk berjalan di waktu malam cuma kebanyakan kedai tutup awal la 😅
.
.
| İstanbul, Turkey 🇹🇷

Ulu Camii

Ulucami (Grand Mosque), Bursa 🇹🇷
.
.
Di Turki 🇹🇷 kebanyakkan masjid di sana mempunyai tempat wudhuk diluar kawasan masjid contohnya Masjid SultanAhmet (Blue Mosque) tetapi di Bursa mereka memiliki sedikit keunikan berbanding masjid lain kerana di Masjid Ulu Cami (Grand Mosque) ini terdapat kawasan berwudhuk didalam masjid itu sendiri. Jadi buat sesiapa yang berkesempatan untuk solat berjemaah mahupun solat sunnat dalam masjid ini bolehlah berwudhuk didalam masjid tersebut malah pihak masjid juga menyediakan tuala kecil untuk digunakan buat para tetamu🌹
.
.
Di Turki setiap masjid yang dibina mesti akan ada keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Jom kita mengembara ke bumi Turki ✈
.
Semoga dihari yang mulia ini kita dirahmati dan diberkati Nya 🤲🏻😊

Blausee

Blausee 🍁


.
Blausee adalah sebuah tasik kecil, yang berhampiran dengan sungai Kander
.
Tasik ini mempunyai kawasan seluas 0.64 hektar dan untuk ke tasik ini selain daripada sewa kereta boleh menggunakan bas dari stesen kereta api Frutigen atau Kandersteg
.
Tasik Blausee ini begitu indah kerana tasiknya yang cantik penuh kebiruan namun mempunyai kisah disebaliknya
.
Iaitu sebuah mitos yang mengisahkan seorang gadis bermata biru mati lemas akibat terlampau sedih diatas kehilangan pasangan nya itu 😢
.
Lalu disebabkan kesedihannya yang penuh kerinduan itu berlakulah suatu keajaiban yang menukarkan ia daripada sebuah tasik biasa berubah menjadi tasik yang sungguh indah kebiruan seperti birunya mata gadis tersebut
.
.
Tinta Blausee 🍁

Stari Most

Stari Most 🇧🇦

Juga dikenali sebagai Old Bridge, Mostar yang berlokasi di Bosnia
.
Dibina semula sekitar tahun 1557 M dibawah arahan Sultan Suleymaniya Qanuni yang inginkan perubahan daripada sebuah jambatan kayu kepada sebuah binaan yang mempunyai batuan .
Ia merupakan jambatan yang dibina oleh Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina
.
Sungai Neretva menlalui bawah jambatan Stari Most ini dengan penuh kebiruan sehingga memukau pengunjung disini
.
Telah berlaku juga beberapa kerosakan pada jambatan tersebut ketika peperangan berlaku di Bosnia ini namun ianya telah dibaik pulih dan kini dijadikan tempat tumpuan pelancong untuk bergambar 📷

Passport

 

Buku merah berlogokan jata Negara Malaysia dan dibawahnya terletak logo piawaian ICAO merupakan pasport bagi rakyat Malaysia

Pasport bermaksud dokumen perjalanan sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi rakyatnya digunakan untuk ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika berlaku sebarang kesalahan ( Rujukan lanjut – Jabatan Imigresen Negara)

Ingin dikongsikan juga buat “traveller” yang akan ke luar negara seharusnya sentiasa peka akan tarikh mansuhnya pasport anda ☝🏻

Sekiranya sudah menghampiri 6 bulan akhir sebelum pasport mati, disyorkan untuk memperbaharui pasport anda bagi mengelakkan sebarang kemungkinan untuk ke luar negara

Dan jika sudah memasuki negara yang dituju, para “traveller” perlulah menjaga pasport anda sebaik mungkin kerana ia umpama nyawa anda jika ke luar negara ☝🏻

Sekadar info ringkas bagi mengingati antara satu sama lain dari kami Aku dan Istanbul

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team

Haghia Sophia 🕌

Haghia Sophia asalnya dibina sebagai sebuah Katedral Roman Timur di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Haghia Sophia ini menjadi gereja besar di Konstantinopel selama hampir 1000 tahun lamanya. Dari Greek (Yunani) ia bermaksud “Hikmah Suci” dan gelaran bagi Haghia Sophia ini adalah “The Holy Wisdom”
.
Akhir pada saat-saat yang dinantikan pada tahun 1453, berlakunya kejatuhan sebuah kerajaan Roman Timur yang digeruni iaitu Byzantine kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal
.
Akhirnya, kesemua kesenian Kristian telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga pada tahun 1935 ketika awal pemerintahan Republik Turki 🇹🇷 menukarkan Haghia Sophia yang merupakan sebuah Masjid kepada muzium oleh kerajaan Republik pada ketika itu


.
Tempoh selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model buat masjid-masjid lain seperti Masjid SultanAhmet/Masjid Biru (Blue Mosque di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha
.
.
Cuba share mana tempat menarik dan yang paling korang suka melawat. Kalau admin antara semua admin suka pergi Haghia Sophia ❤👍🏻. Korang suka pergi yang mana?

DAXING INTERNATIONAL AIRPORT

 

Berkonsepkan futuristik dan berbentuk seperti “Starfish” yang diberi gelaran

oleh orang ramai akan dibuka pada 29 September 2019, esok 🤩
.
Jadi buat sesiapa yang akan ke Beijing selepas ini boleh lah cuba ke Airport yang baru ini 😍, tapi penat sikitla berjalan ye sebab besar weh. Dijangka akan ada penerbangan ke 112 destinasi dari Daxing International Airport ini yang akan berlangsung sekitar 2020 tahun depan 😎
.
Mungkin anda berpeluang merasai jika ikuti Trip kami ke Beijing – Mongolia tahun depan 😍❤🇨🇳
.
.
“Patrick Star nak jadi airport kesian kat spongebob” 🤣
📷❤ Credit post @ilove.beijing | @cnntravel 👍🏻
Jom Travel bersama kami @akudanistanbul