fbpx

İSTANBUL AIRPORT & SABİHA GOKCEN AIRPORT ✈️

Kan best kalau dekat airport boleh baring2 kejap atau rehatkan badan, tapi ada disediakan ke di airport Istanbul? 🤔

Harini admin nak sharekan sesuatu info yang menarik buat para pengembara semua jika ke istanbul bagi sesi 2020

Terkini di İstanbul Airport (IGA) dan Sabiha Gokcen Airport (SAW) menyediakan kemudahan terbaru iaitu sebuah ruang berehat yang lebih selesa dan moden yang dikenali sebagai “Sleepingpod”, digelarkan sebagai “SLEEPOD”. Sebuah fasiliti terkini dan moden bagi memberikan keselesaan para pelancong yang ingin berehat seketika di lapangan kapal terbang sebelum meneruskan destinasi masing2

Disini ada beberapa info lebih lanjut mengenai “SLEEPOD” kerana ia berada di dua Airport Utama Turki iaitu di : 

  

(i) İSTANBUL AIRPORT (IGA)

İSTANBUL AIRPORT (IGA) EROPAH ✈️
Ia disediakan di ruangan terminal Domestik atau Antarabangsa didalam Airport, tapi “POD” ini bukanlah percuma ya 😅 tetapi berbayar. Setakat ini dimaklumkan bayaran nya untuk per hour adalah sebanyak 9 Euro tetapi untuk ruangan sahaja, sekiranya ingin kan bantal dan sebagainya perlu tambah lagi 2 Euro. Antara yang ada didalam itu adalah ruangan istirehat untuk seorang. Mempunyai tempat cas (USB). Juga disediakan bahagian simpan bagasi “Handluggage” secara privasi

               

(ii) SLEEPOD SABİHA GOKCEN

SABİHA GOKCEN AIRPORT (SAW) ASIA ✈️
Ia disediakan di ruangan terminal Domestik atau Antarabangsa didalam Airport, tapi “POD” ini bukanlah percuma ya 😅 tetapi berbayar. Setakat ini dimaklumkan bayaran nya untuk per hour adalah sebanyak 7 Euro, ianya lebih murah berbanding di (IGA).Antara yang ada didalam itu adalah ruangan istirehat untuk seorang. Mempunyai tempat cas (USB). Juga disediakan bahagian simpan bagasi “Handluggage” secara privasi. Untuk di Airport ini ia mempunyai 10 ruangan untuk wanita, 18 ruangan untuk lelaki dan juga disediakan 1 ruangan yang berkonsep ruangan keluarga

Sebarkan kepada para pelancong yang berpeluang ke Turki, sedikit sebanyak membantu untuk memberi keselesaan pada para pelancong dari seluruh dunia

Credit : https://www.instagram.com/akudanistanbul/ 🇹🇷
Sentiasa ikuti kami Akudanistanbul untuk dapatkan info-info dan fakta menarik mengenai Turki dan Eropah.

writer by : @budaksalji – Akudanistanbul Team
#travel #airport #istanbul #turkey

Categories: Uncategorised

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *